.3 Pengambilan Pelatih

Pengambilan dibuat 2 kali setahun iaitu pada bulan Januari dan Julai di bawah UNIT PUSAT INSTITUSI MARA. Pengiklanan pengambilan pelatih-pelatih baru bagi setiap semester akan dibuat di akhbar-akhbar harian tempatan.

Calon-calon yang memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/SPMV) adalah dipelawa untuk memohon kursus-kursus yang ditawarkan di Institut Kemahiran MARA Sungai Petani.

Cara Memohon :

1. Borang permohonan dan buku panduan boleh didapati melalui pembelian terus dari :

  • Ibu Pejabat MARA
  • Institusi-institusi Pendidikan MARA
  • Pejabat-pejabat MARA Negeri dan Daerah yang berhampiran

2. Borang pembelian juga boleh didapati melalui pesanan pos. Sila alamatkan permohonan anda kepada :

UNIT PUSAT INSTITUSI MARA (UPIM)
BAHAGIAN HAL EHWAL KORPORAT,
TINGKAT 4, IBU PEJABAT MARA,
21, JALAN RAJA LAUT, 50609,
KUALA LUMPUR

Sertakan sampul surat berukuran 33sm x 27sm yang beralamat sendiri, bersetem RM 1.50 dan wang pos bernilai RM 5.00 atas nama MAJLIS AMANAH RAKYAT. Bagi pembelian terus di Ibu Pejabat MARA, MARA Negeri, MARA Daerah dan Institusi-institusi pendidikan MARA boleh dibuat secara wang tunai.


8 Comments on “.3 Pengambilan Pelatih”

  1. deen86 says:

    saya nak tahu bila borang permohonan untuk pengambilan julai 2010?
    terima kasih…

  2. aily says:

    assalamualaikom
    sya bermint nk smbong belajr dkt ikm
    nk ambk jurusan seni bina @ grafiq
    tp sya mohon x dpt pn.. kenapa erk???

    dan
    1 lg
    sya nk tnya
    kalau sem 1.. xnak tgal dkt asrama
    boleh x

  3. nur hidayah says:

    assalamualaikum..
    adik saya ingin memasuki ikm untuk mengambil kursus lukisan kejuruteraan awam struktur..tetapi syarat yang dikenakan adalah tidak cacat anggota..tetapi adik saya mengalami kecacatan anggota..tidakkah beliau diberi peluang untukmelanjutkan peljaran di ikm..harap pihak tuan dapat memberikan beliau peluang kerana beliau ingin berdikari dan membina kejayaan dalam hidup…
    sekian,
    terima kasih.

  4. jamal bahrian says:

    Assalamualaikum,

    Bolehkah saya mendapatkan borang permohonan melalui web site institut / mara.

    Kerjasama daripada pihak Tuan/Puan saya dahulakan dengan ribuan terima kasih.

    Sekian.

  5. ehsan says:

    salam…sy berminat utk memohon belajar di IKM tapi adakah kursus yang dtawarkan sepenuh masa @ separuh masa…

    • ikmsp says:

      IKM menawarkan kursus sepenuh masa. Namun dalam masa yang sama, IKM mempunyai program separuh masa iaitu 3L. En Ehsan boleh menghubungi talian 04-4212382 / 04-4222382 untuk maklumat lanjut. Teima kasih.

  6. Mohd Zainal Abdullah says:

    Salam sejahtera.

    Boleh saya dapatkan contoh surat permohnan bagi pembelian borang melalui pesanan pos?

    Kerjasama daripada pihak Tuan/Puan saya dahulakan dengan ribuan terima kasih.

    Sekian.

    • ikmsp says:

      En Mohd Zainal,

      Sebagaimana dinyatakan diatas, permohonan En Zainal tidak memerlukan surat. Hanya serta sampul surat berukuran 33sm x 27sm yang beralamat sendiri, bersetem RM 1.50 dan wang pos bernilai RM 5.00 atas nama MAJLIS AMANAH RAKYAT dan hantarkan ke alamat seperti di atas.

      Terima kasih.