Program Pembangunan Pencak Silat

Program Pembangunan Pencak Silat Siri 2/10

(Persilatan Cemara Bugis & Khidmat Komuniti)

Program ini adalah anjuran Persatuan Seni Silat Cemara Bugis (PSCB) IKMSP dengan kerjasama Pertubuhan Seni Silat Cemara Bugis Perak (PSSCBP), Persekutuan Pencak Silat Olahraga Daerah (PERSADA), JKKK Kg. Pasir Pandak, Persatuan Kebajikan Nelayan Lekir (PEKENAL) dan Pejabat Belia & Sukan Daerah Manjung, Perak.

Pada Pembangunan Pencak Silat Siri II ini, penganjur telah memilih tema ‘DIMANA SAJA BERADA DISITU TEMPAT BERBAKTI’. Tema ini bersesuai dengan matlamat program kali yang akan banyak mendekati dan menabur bakti kepada komuniti setempat selain menjalani latihan persilatan.

Program ini telah diadakan seperti berikut :

Tarikh          :  18 hingga 21 Feb 2010.
Hari              :  Khamis – Ahad.
Masa            :  5.45 Pagi – 11.00 Malam.
Tempat       :  KEMAS Kg. Pasir Pandak, Manjung, Perak.
:  Dewan Orang Ramai, Kg. Pasir Pandak, Perak.

Pesilat/peserta kursus adalah dari kalangan ahli persatuan dan pengiring ;

Pengiring ;

a)      Pengajar            :  3 orang (2 lelaki/1 wanita)
b)      Pemandu          :  1 orang (ditetapkan oleh IKMSP)

Pesilat/Pelajar ;

a)     Semester  01         :  26 orang – (16 lelaki/10 wanita)
b)     Semester  02         :  18 orang – (semua lelaki)

LATIHAN PERSILATAN

Memperkenalkan dan mempelajari bunga sembah dan gerak Jurus Persilatan Cemara Bugis. Setiap ahli/pesilat mesti tahu dan menghafal bunga sembah dan jurus ini kerana ia adalah identiti persilatan yang perlu dipelihara.

i. Penyampaian Secara Teori

Menyampaikan maklumat/permulaan sejarah persilatan, bunga sembah dan jurus secara teori. Persembahan slide ‘power point’ serta demonstrasi oleh jurulatih.

ii. Latihan Secara Praktikal

Latihan diadakan di Gelanggang Pusat (pasir/tanah berumput) /Dewan Orang Ramai. Jurulatih akan melakukan demonstrasi pergerakan bunga sembah dan jurus persilatan yang sebenar dan pesilat/pelajar akan dipecahkan kepada kumpulan kecil.

KHIDMAT/LAWATAN KOMUNITI

Penganjuran kali ini akan melaksanakan khidmat komuniti pada penduduk dan bangunan setempat seperti membersihkan masjid, tanah perkuburan, surau dan tempat yang difikirkan sesuai yang akan ditentukan oleh penganjur dan penganjur bersama.

Dalam pada itu, penganjur akan membuat beberapa siri lawatan di sekitar Kg. Pasir Pandak dan tempat bersejarah. Antara aktiviti dalam khidmat komuniti yang akan dilaksanakan ialah :

i.     Lawatan Tempat Bersejarah

Penganjur bercadang mengadakan lawatan ke tempat bermulanya sejarah penentangan pahlawan dan pejuang  Melayu terhadap penjajahan Inggeris.  Tempat tersebuat terletak 45 km dari Daerah Manjung. Tempat yang dicadangkan untuk sesi lawatan ialah ;

Tempat      :  Kompleks Sejarah Pasir Salak, 36800 Kampong Gajah, Perak.

ii.            Lawatan Komuniti Setempat

Penganjur akan mengadakan lawatan komuniti setempat di sekitar Kg. Pasir Pandak dan Lekir untuk melihat serta memberi pengalaman pada pesilat/pelajar berinteraksi dengan komuniti di situ. Antara tempat komuniti yang akan di lawati ialah :

a.    Pelantar Ikan Nelayan Lekir, Batu 6 Lekir, 32020 Sitiawan, Perak.
b.    Pantai Tanjung Kepah, Batu 6, 32020 Sitiawan, Perak.

Selain itu akan diadakan demontrasi membuat pukat, jaring, jala oleh nelayan setempat. Pesilat/pelajar dan pengiring akan diberi peluang untuk mencuba mengait jala/jaring dengan tunjuk ajar oleh nelayan tersebut.

iii.           Khidmat Komuniti Cemara Murni (Camar)

Penganjur juga bercadang untuk melaksanakan sesi menabur bakti dan budi (khidmat komuniti) pada penduduk setempat kawasan atau bangunan yang berkenaan contohnya membersihkan tanah perkuburan, kawasan sekitar dan luar/dalam masjid/surau yang telah ditetapkan oleh penganjur dan penganjur bersama. Penganjur akan bekerjasama  dengan organisasi komuniti setempat untuk masa dan tempat yang sesuai.

Sekalung penghargaan kepada En Mohd Salleh Bin Malik selaku Penyelaras dan Jurulatih Pencak Silat, Persatuan Pencak Silat Cemara Bugis, IKMSP atas sumbangan beliau terhadap ‘post’ ini. Terima kasih.