Ke Arah Amalan Persekitaran 5S

IKM Sg Petani hari ini, sedang menuju ke arah satu lagi kejayaan yang bakal dicipta hasil kerjasama semua warganya. Kejayaan yang sedang diimpikan kini ialah Program Amalan Persekitaran 5S.

Bagi menuju kearah itu, satu bengkel 5S telah diadakan di Dewan Theatrette pada 10 Februari lalu bagi menjelaskan kepada kakitangan IKM Sg Petani tentang Amalan Persekitaran 5S.