.1 Soalan-soalan Lazim

1. Di sini saya ingin bertanya,saya ada memohon kemasukan ke IkM tetapi permohonan saya ditolak.Sedangkan keputusan saya di ketegorikan memuaskan dan bersesuaian dengan kursus yang diminta

1. Memang benar ada beberapa sebab sesuatu permohonan itu ditolak.

Antaranya:-

a) Tidak mengunakan pensil 2B semasa mengisi borang OMR.
b) Meninggalkan atau Tidak mengisi butiran lengkap di borang OMR.
c) Tidak menyertakan dokumen penting seperti salinan kad pengenalan pemohon dan ibu bapa, salinan sijil kelahiran pemohon dan ibu bapa, salinan sijil persekolahan dan lain-lain.
d) Memilih yang tidak layak mengikut kelayakkan akademik.

2. Persaingan yang sangat sengit dari segi jumlah permohonan (60,000 pemohon) berbanding tempat yang ditawarkan cuma 4,000 tempat.

Jika saudari/a termasuk dalam kategori c, saudari/a dialu-alukan untuk mengemukakan RAYUAN kepada kami secepat mungkin untuk dipertimbangkan jika ada calun-calun yang menolak tawaran.

2. Tahap manakah Sijil Kemahiran MARA berbanding dengan sijil MLVK?

* Kedua-dua sijil diatas adalah SIJIL KEMAHIRAN (skill certificate).

* Sijil Kemahiran MARA dikeluarkan oleh Bahagian Kemahiran MARA manakala sijil MLVK atau dikenali juga sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dikeluarkan oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan, Kementerian Sumber Manusia.

* Memang ada perbezaan antara kedua sijil ini.

1. Sijil Kemahiran MARA hanya satu tahap dimana kurikulumnya bersepadu yang merangkumi adunan pengajian teknikal tertentu dan pengajian am seperti Mathematic, Perakaunan, Bahasa Inggeris dan Ugama.

2. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) mempunyai 5 peringkat ia itu Tahap satu hingga tahap lima. Kurikulumnya lebih menekankan pengajian teknikal disemua peringkat.

Jika memerlukan keterangan lanjut, saudara dialu-alukan menghubungi kami pada bila-bila masa waktu pejabat.

3. Bagaimanakah pemilihan dibuat semasa memilih pelajar-pelajar utk masuk ke IKM?

Bahagian Kemahiran MARA ada menganjurkan 2 jenis persijilan di IKM.

1. Peringkat Diploma.

2. Peringkat sijil.

Pemilihan Pelajar bagi Kedua-dua peringkat di atas adalah berdasarkan sistem merit (Pemohon yang mempunyai kelayakkan tertinggi). Kaedah ini diperkenalkan kerana jumlah permohonan tahun ketahun telah meningkat dengan banyaknya sedangkan tempat yang disediakan sangat terhad.

4. Adakah elaun diberi kepada pelajar ?

Elaun diberi kepada pelajar setiap bulan mengikut peraturan MARA sedia ada.