Pengisian Rohani “Kerja Sebagai Satu Ibadah”
Posted: April 18, 2010 Filed under: Aktiviti IKMSP, Semasa | Tags: Kerja sebagai satu ibadah, Pengisian Rohani Comments OffSatu aktiviti Pengisian Rohani telah diadakan pada 7 April 2010 di Dewan Theatrette IKM Sungai Petani. Pengisian ini bertajuk Kerja Sebagai Satu Ibadah disampaikan oleh En Basri Bin Abdullah. Beliau merupakan salah seorang kakitangan di Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM).
Memetik kata-kata beliau, antaranya :
Syarat-syarat menjadikan kerja sebagai satu ibadah ialah :
1. Bentuk kerja mestilah halal dan sah disisi undang-undang.
2. Niat perlu ikhlas. “Apa yang diniat, itulah yang akan kita dapat”.
3. Bersungguh-sungguh.
4. Bekerja mengikut ketetapan syarak iaitu amanah, jujur, ikhlas dan tiada rasuah.
5. Jadikan sebagai wajib.
Sebagai tanda kita bersyukur :
1. Lakukan apa yang diwajibkan.
2. Hindari segala larangan.
3. Rajin bersedekah. Semua harta yang kita ada hanyalah bersifat sementara.
Antara gambaran sekitar aktiviti Pengisian Rohani :




