Pengambilan Sesi Jan-Jun 2011
Posted: September 20, 2010 Filed under: Tawaran kemasukan Comments OffCalon-calon yang berminat melanjutkan pelajaran ke IKM Sungai Petani dipelawa memohon kursus-kursus yang ditawarkan bagi kemasukan Sesi Jan-Jun 2011. Permohonan terus ke IKM Sungai Petani boleh dibuat sama ada dengan datang sendiri ke IKM Sungai Petani bagi mendapatkan borang, atau muat turun borang kemasukan dan panduan pemilihan kursus, lengkapkan dan hantar semula ke IKM Sungai Petani secara pos atau serahan tangan.
Borang boleh dimuat turun dari :
Borang Permohonan Masuk IKMSP (Sila klik untuk muat turun)
Selamat berjaya!
Majlis Konvokesyen Ke-14
Posted: October 17, 2010 Filed under: Majlis Konvokesyen Ke 14 Leave a comment »Hari ini, 17 Oktober 2010, sekali lagi mencatat sejarah dengan berlangsungnya Majlis Konvokesyen Ke 14 di IKM Sg Petani.
Bermula dengan kehadiran tetamu kehormat, memeriksa perbarisan, perarakan masuk ke Dewan Mesra Perdana dan bermulanya majlis yang gemilang. Segalanya berjalan dengan lancar.
Terima kasih atas kehadiran semua tetamu, bekas pelajar dan semua warga IKM Sungai Petani yang telah menjayakan Majlis Konvokesyen Ke 14 ini.
Penginapan sekitar IKM Sg Petani
Posted: October 10, 2010 Filed under: Majlis Konvokesyen Ke 14 | Tags: Hotel Sungai Petani Comments OffSebagaimana yang diketahui, Majlis Konvokesyen Ke 14, bakal berlangsung tidak lama lagi. Pasti para tetamu berkaitan tercari-cari kemudahan penginapan bagi menghadiri majlis ini. Antara kemudahan penginapan yang terdapat di sekitar Sungai Petani ialah :
1- Swiss-Inn Sungai Petani; 04-4223333 / 2454 / 2664
2- Cinta Sayang Golf & Country Resort; 04-4414666
3- Hotel Seri Malaysia; 04-4234060
4- El-Zahraa Inn (juga menguruskan Jawi Homestay, Bandar Laguna Merbuk); 04-4259144 / 9150
5- Emerald Puteri Hotel; 04-4315555
6- Dwifigroup (SMS Hotel ; 04-4311086, 3G Hotel; 04-4212344, D’Wifi Hotel; 04-4480698)
7- Park Avenue Hotel; 04-4317777
8- Casa Lagenda; 04-4258972
9- SP Inn; 04-4213411
Majlis Konvokesyen Ke 14 akan berlangsung
Posted: October 10, 2010 Filed under: Majlis Konvokesyen Ke 14 | Tags: Majlis Konvokesyen Leave a comment »Tarikh 17 Oktober 2010, adalah tarikh keramat yang dinantikan oleh semua warga IKM Sungai Petani kerana bakal berlangsungnya sebuah lagi majlis gilang gemilang bagi tahun 2010 iaitu Majlis Konvokesyen Ke 14, IKM Sungai Petani.
Suasana di IKM Sungai Petani kini dipenuhi dengan persiapan bagi menyambut para tetamu dan bekas pelajar IKM Sungai Petani yang telah menamatkan pengajian mereka dengan jayanya.
Nantikan kemaskini terbaru berkaitan majlis gilang gemilang ini di ‘entry’ yang akan datang…
Karnival Rekacipta Dan Inovasi IKM Sg Petani
Posted: May 10, 2010 Filed under: Aktiviti IKMSP | Tags: inovasi 2010, kelab kreativiti dan inovasi IKMSP, kreativiti dan inovasi Comments OffKarnival Rekacipta dan Inovasi IKM Sg Petani anjuran Kelab Kreativiti dan Inovasi, akan berlangsung pada 11 Mei dan 12 Mei 2010 bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Karnival ini akan diadakan di Dewan Mesra Perdana, IKM Sungai Petani.
Objektif karnival ini ialah :
1- Berdaya saing dalam pembangunan rekacipta dan inovasi.
2- Mencipta produk yang mempunyai nilai komersial.
3- Membina jalinan hubungan dengan pihak luar.
Pengisian Rohani “Kerja Sebagai Satu Ibadah”
Posted: April 18, 2010 Filed under: Aktiviti IKMSP, Semasa | Tags: Kerja sebagai satu ibadah, Pengisian Rohani Comments OffSatu aktiviti Pengisian Rohani telah diadakan pada 7 April 2010 di Dewan Theatrette IKM Sungai Petani. Pengisian ini bertajuk Kerja Sebagai Satu Ibadah disampaikan oleh En Basri Bin Abdullah. Beliau merupakan salah seorang kakitangan di Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM).
Perasmian 5S
Posted: March 30, 2010 Filed under: Aktiviti IKMSP, Semasa | Tags: Amalan 5S Comments OffHari ini, 30 Mac 2010, IKM Sg Petani akan merasmikan Program Amalan 5S. Perasmian ini dimulakan pada jam 10 pagi bertempat di Dewan Mesra Perdana.
Earth Hour
Posted: March 25, 2010 Filed under: Semasa | Tags: Earth Hour Malaysia 2010 Comments OffSeruan ‘Earth Hour’ kembali lagi. Semua kakitangan dan pelajar IKM Sg Petani diminta menyokong program ini. Ianya akan berlangsung pada 27 Mac 2010, bermula jam 8.30 malam sehingga 9.30 malam. Bagi menyokong program ini, semua kakitangan dan pelajar diminta menutup lampu selama sejam.
Untuk keterangan lanjut, layari http://ehm.my/ untuk Malaysia dan layari, http://earthday.org/ untuk dunia.
Sayangi Bumi kita demi masa depan generasi akan datang.
Program Pembangunan Pencak Silat
Posted: March 21, 2010 Filed under: Aktiviti IKMSP | Tags: pencak silat, persatuan silat, program silat, silat, silat cemara bugis Comments OffProgram Pembangunan Pencak Silat Siri 2/10
(Persilatan Cemara Bugis & Khidmat Komuniti)
Program ini adalah anjuran Persatuan Seni Silat Cemara Bugis (PSCB) IKMSP dengan kerjasama Pertubuhan Seni Silat Cemara Bugis Perak (PSSCBP), Persekutuan Pencak Silat Olahraga Daerah (PERSADA), JKKK Kg. Pasir Pandak, Persatuan Kebajikan Nelayan Lekir (PEKENAL) dan Pejabat Belia & Sukan Daerah Manjung, Perak.
Pada Pembangunan Pencak Silat Siri II ini, penganjur telah memilih tema ‘DIMANA SAJA BERADA DISITU TEMPAT BERBAKTI’. Tema ini bersesuai dengan matlamat program kali yang akan banyak mendekati dan menabur bakti kepada komuniti setempat selain menjalani latihan persilatan. Read the rest of this entry »
Pengambilan Sesi Jun-Disember 2010
Posted: March 20, 2010 Filed under: Tawaran kemasukan Comments OffLepasan SPM yang berminat melanjutkan pelajaran ke IKM Sungai Petani dipelawa memohon kursus-kursus yang ditawarkan bagi kemasukan Sesi Jun-Disember 2010. Permohonan terus ke IKM Sungai Petani boleh dibuat dengan cara:
- Datang sendiri ke IKM Sungai Petani bagi mendapatkan borang, atau
- Muat turun borang kemasukan dan panduan pemilihan kursus, lengkapkan dan hantar semula ke IKM Sungai Petani secara pos atau serahan tangan.
Tawaran dibuka mulai sekarang hingga 30 April 2010.
**Terima kasih En Ahmad Amin Bin Mohamad Sulaiman (Kaunselor) atas usaha beliau.
***Tawaran ini telah ditutup. Dikemaskini pada 9 Jun 2010.

